[Terkini]

16 Fakta Mengenai Negeri Johor Dan Rakyat Johor Yang Anda Tidak Tahu

loading...
foto : www.virtualmalaysia.com


1.  Johor negeeri pertama yang mempunyai tentera sendiri dan dibiayai oleh kerajaan Johor sendiri sehingga kini.

2. Encik Mohamad bin Hamzah adalah pereka Jalur Gemilang yang berasal dari Johor.

3. Penulis asal Sejarah, Tun Sri Lanang merupakan anak jati Johor.

4. Orang Johor ada dialek tersendiri. Kalau selimut dipanggil  ‘Gebor’. Kalau almari di panggil ‘Gerobok’ atau ‘Gobok’. Kalau makanan ringan dipanggil jajan.

5. Orang Johor banyak menggunakan perkataan ‘eekk’ di belakang ayat.

6. Orang Johor membahasakan diri ‘orang’. Contohnya : “Orang nak pergi makan.” walapun nama sebenarnya Hussin dan lain-lain.

7. Orang Muar pula ada cara bertutur yang tersendiri dengan menukarkan huruf terakhir dengan ‘o’ tapi bukan untuk semua perkataan.

8. Huruf ‘R’ seperti silent untuk orang Johor, jika huruf ‘R’ di belakang orang Johor akan sebut Johor sebagai JOHO. Bukan Muar tapi MUO.

9. Orang Johor tak sebut SAYA tapi SAYE. Bikan KITA tapi KITE. Perkataan ayng ditambah huruf ‘E’ dan dibuang huruf ‘A’ juga terkenal dengan panggilan ‘bahasa pasar’.

10. Orang Johor sebut menguap sebagai sangap.

11. Orang Johor sebut dating sebagai berendut.

12. Bila orang Muar kata nk pergi Johor, maknanya dia nak pergi Johor Bahru a.k.a JB.

13. Kebanyakkan orang Johor terutama selatan menggunakan perkataan ‘anu’ sebagai ganti perkataan buat. Anu bukan perkataan lucah.

14. Negeri Johor adalah negeri yang terakhir menerima Residen.

15. Kita mencipta Mee Bandung dan mee ini tiada kaitan dengan Bandung, Indonesia.

16. Telur Pindang adalah makanan orang Johor.

Keunikan Negeri Johor dan Bangsa Johor hanya satu di dunia. Setuju?
loading...
16 Fakta Mengenai Negeri Johor Dan Rakyat Johor Yang Anda Tidak Tahu 16 Fakta Mengenai Negeri Johor Dan Rakyat Johor Yang Anda Tidak Tahu Reviewed by Viral Network on 7:42:00 PM Rating: 5

No comments