[Terkini]

Pegawai Jabatan Tanah Berdepan Tindakan Selepas Didapati Mencium Payudara Patung

loading...


VIETNAM: Akibat mencium patung wanita, seorang pegawai jabatan tanah bakal dikenakan tindakan. Kejadian tersebut berlaku sebuah kawasan pelancongan di Da Lat, Vietnam.

Gambar pegawai terbabit, Phan Tuan Anh yang melakukan perbuatan tidak senonoh itu telah dimuat naikkan oleh Setiausaha Kerajaan Tempatan Ha Tinh, Tran Le ke dalam akaun Facebooknya.

Gambar Phuan Tuan Anh yang dikatakan melakukan perbuatan kurang senonoh itu telah dimuat naik oleh Setiausaha Kerajaan Tempatan Ha Tinh, Tran Le ke akaun Facebook nya.

Dilihat melalui gambar itu, dua lelaki berdiri dihadapan patung tersebut dengan salah seorang daripadanya membuat aksi mencium payudara patung wanita itu.

Selepas disiasat, lelaki terlibat disahkan sebagai Tuan Anh, seorang pegawai muda yang bekerja di Jabatan Tanah Vu Quang, bahagian utara Ha Tinh.

Kerajaan Tempatan di tempat itu mengesahkan menerima laporan tersebut dan beliau akan mengambil tindakan terhadap pesalah tersebut.

Difahamkan, Tuan Anh bersama beberapa pegawai daripada jabatannya ketika itu sedang bercuti ke kawasan peranginan Da Lat.

"Kami akan mengendalikan kes ini selepas semua pegawai-pegawai yang terbabit itu pulang ," kata Thanh, menegaskan bahawa seorang pegawai tidak boleh berkelakuan yang tidak bermoral. - Tuoi Tre

Mengikut sejarah, nama Gunung Lang Biang adalah singkatan bagi sepasang kekasih yang dikenakan hukuman mati di situ setelah percintaan mereka dihalang oleh keluarga mereka.

Patung lelaki dan wanita itu pula diukir dan diletakkan di kawasan pergunungan popular di situ bagi memperingati kesetiaan cinta mereka.

Sumber - Sinar Harian
loading...
Pegawai Jabatan Tanah Berdepan Tindakan Selepas Didapati Mencium Payudara Patung Pegawai Jabatan Tanah Berdepan Tindakan Selepas Didapati Mencium Payudara Patung Reviewed by Viral Network on 1:39:00 PM Rating: 5

No comments