[Terkini]

Jangan Terkejut Jika Anda Tengok Ikan Empurau Dengan Harga RM700 - RM2000 Sekilogram

loading...


Ikan Empurau ataupun dikenali sebagai Ikan Kelah (bahasa Inggeris: Mahseer) adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan yang boleh dikatakan harganya sangat mahal.

Jenis Ikan Kelah / Ikan Empurau 

1. Mahseer Sirip Merah (Red-finned Mahseer) juga digelarkan "Mahseer Insang Pendek" (Short-gilled) ataupun "Mahseer Badan Menghunjam" (Deep-bodied Mahseer): Tor tor (Hamilton)

2. Mahseer Emas (Golden Mahseer) juga digelarkan "Mahseer Sirip Kuning" (Yellow-finned) ataupun "Mahseer Himalaya Biasa" (Common Himalayan Mahseer): Tor putitora (Hamilton)

3. Mahseer Tembaga (Copper Mahseer): Tor mosal (Hamilton)

4. Mahseer Decca (Deccan Mahseer}: Tor khudree (Sykes)

5. Mahseer Belakang Tinggi (High-backed Mahseer) juga digelarkan "Mahseer Ponok" (Hump-backed) atau "Mahseer Selatan" (Southern Mahseer): Tor mussullah (Sykes)

6. Mahseer Malaysia (Malaysian Mahseer): (juga digelarkan ikan Kelah atau Kap Anak Air Besar (Greater Brook Carp): Tor tambroides


Selain itu terdapat juga jenis Kelah yang dikenali sebagai Kelah Batu, antara spesis yang belum dikenal-pasti dan Jungha

Ikah Kelah mendiami di sungai serta tasik dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak.

Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan bukan sahaja memakan alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang gugur dari pokok.

Di Malaysia ikan empurau ini mungkin boleh ditemui di Sarawak dan di Hutan Simpan Negara sahaja dan harganya mahal kerana rasanya yang sangat manis, serta isi yang lembut.

Apa yang membuatkan isinya begitu lembut dan harganya mahal sehingga boleh mencecah RM2,000 sekilogram adalah kerana ia hanya memakan buah-buahan dan bunga dari jenis "Engkabang".



loading...
Jangan Terkejut Jika Anda Tengok Ikan Empurau Dengan Harga RM700 - RM2000 Sekilogram Jangan Terkejut Jika Anda Tengok Ikan Empurau Dengan Harga RM700 - RM2000 Sekilogram Reviewed by Viral Network on 9:59:00 PM Rating: 5

No comments