[Terkini]

Lee Chong Wei Dalam Kedudukan Tertekan Dalam Saingan Badminton di Olimpik Rio

loading...
foto : zeenews.india.com


RIO DE JANEIRO - Jaguh sukan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui beliau berasa tertekan dalam saingan terakhir  badminton Olimpik bagi mendapatkan pingat emas di Olimpik Rio 2016 yang akan berlangsung bulan ini.

Chong Wei yang sebelum ini tewas di peringkat akhir menentang musuh tradisi iaitu Linda Dan dari China dalam dua perlawanan di Olimpik. 

“Saya rasa lebih tertekan kerana selepas empat tahun akan datang saya tidak fikir saya akan ada peluang lagi, jadi ini yang terakhir,” katanya di Rio.

Chong Wei tidak pernah memenangi gelaran Olimpik, terpaksa berusaha keras menaiki kembali ke kedudukan tertinggi selepas digantung susulan ujian doping terhadapnya tahun lalu.

Beliau dijangka bertemu Lin Dan dalam peringkat separuh akhir di Rio, di mana pemain badminton nombor dua China Chen Long akan turut bermain.

Chong Wei mempunyai banyak lagi masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di Rio, kerana acara badminton di Rio akan hanya bermula pada 11 Ogos.

Olimpik Rio 2016 akan bermula pada 5 Ogos ini dan berakhir pada 21 Ogos.
loading...
Lee Chong Wei Dalam Kedudukan Tertekan Dalam Saingan Badminton di Olimpik Rio Lee Chong Wei Dalam Kedudukan Tertekan Dalam Saingan Badminton di Olimpik Rio Reviewed by Viral Network on 2:42:00 PM Rating: 5

No comments