[Terkini]

"Luar Nampak Cantik Tapi Bila Buka Jahanam. Pernah Kena Tipu Masa Beli Durian?"; Lelaki Ini Kongsikan Tips Untuk Memilih Durian

loading...
"LUAR NAMPAK CANTIK TAPI BILA BUKA JAHANAM. PERNAH KENA TIPU MASA BELI DURIAN?"


Ada satu hari tu, aku beli durian di tepi jalan kat Bangi.

Bawa balik rumah dengan harapan dapat makan durian isi tebal, kuning keemasan serta lemak. Tapi apakan daya, harapan tinggal harapan. Kecewa.

Tak tahu kenapa, tiap kali aku beli durian mesti dapat yang tak elok. Isi lembik la, rasa tawar macam makan timun la.

Bila dah bayar mahal tapi kena tipu, memang rasa taubat tak nak beli durian dah.

Kau orang ada pengalaman kena tipu semasa beli durian tak? Mesti bengang kan?

Tapi kau tak perlu risau lagi.

Saya akan kongsikan 10 + 1 (Bonus) tips yang akan membantu kau untuk memilih durian terbaik.
Kau ikut tips di bawah ini, insyaallah puas hati.



1. Bentuk bulat. 
Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.

2. Berat durian. 
Makin ringan, makin banyak isi durian.

3. Tangkai. 
Pilih tangkai yang pendek dan tebal untuk isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli.

4. Bunyi. 
Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.

5. Duri.
Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.

6. Bau. 
Hidu durian dan cari yang berbau manis.

7. Juring. 
Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.

8. Kulit. 
Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya.

9. Warna. 
Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu. Kalau kriteria 1 hingga 8 dah cun, warna apa pun kau beli lah. Insyaallah ok.

10. Musim. 
Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang 'dipulas ribut'.

**Tips Bonus**
11. Berkawan dengan tokey durian.
Tips terpenting dalam tips ni. Untung-untung dapat Musang King. Percuma lagi.


Boleh SHARE jika bermanfaat. Untung-untung laki kau belanja durian hari ni. Kahkah.

sumber/kredit : Artikel ini dikongsikan di laman sosial Facebook Tuan Azlan Noor
loading...
"Luar Nampak Cantik Tapi Bila Buka Jahanam. Pernah Kena Tipu Masa Beli Durian?"; Lelaki Ini Kongsikan Tips Untuk Memilih Durian "Luar Nampak Cantik Tapi Bila Buka Jahanam. Pernah Kena Tipu Masa Beli Durian?"; Lelaki Ini Kongsikan Tips Untuk Memilih Durian Reviewed by Viral Network on 10:18:00 AM Rating: 5

No comments