[Terkini]

Menyingkap Sejarah Cik Siti Aminah Ataupun Cik Siti Jalang Di Kampung Tembioh Kota Tinggi, Johor

loading...


Banyak sejarah yang terpahat dalam negeri Johor Darul Ta’zim. Kampung Tembioh, Kota Tinggi, Johor terletak di pinggir sungai Kota Tinggi.

Di seberang sungai itu terdapat semua kota yang diberi nama Kota Makam Tauhid yang pernah menjadi pusat pemerintahan negeri Johor pada tahun 1637 iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah (1623 – 1677).

Setelah kawasan Kota Makam Tauhid dilanda wabak penyakit misteri pada tahun 1642, Kota itu telah di tinggalkan.

Pada zaman pemerintahan Bendahara Sultan Abdul Jalil Riayat Shah (1699 – 1718), Kota Makam Tauhid dijadikan ibu negeri sebelum berpindah ke kawasan Panchor.


Cik Siti Jalang

Berbalik pada kisah Cik Siti Aminah. Nama lain yang diberi gelaran ialah Cik Siti Jalang. Cik Siti Aminah merupakan seorang yang cantik berketurunan pembesar istana di antara zaman-zaman itu.

Perkataan ‘jalang’ itu sendiri tidak membawa maksud dia pernah melakukan perbuatan curang. Tetapi disebabkan dia bersuami ramai.

Dia dikatan telah berkahwin sebanyak 99 kali dengan lelaki.

Setiap kali perkahwinannya menemui kegagalan. Diceritakan setiap kali berkahwin suami Cik Siti Aminah akan meninggal pada keesokkan harinya.

Puncanya kematian suami-suaminya tidak juga dapat dikenalpasti kerana banyak versi cerita yang di sampaikan.

Akhirnya Cik Siti Aminah mendapat suami yang kekal setelah berkahwin buat kali yang ke 100 dan mereka hidup bahagia hingga akhir hayat.

Dikhabarkan mereka tidak mempunyai waris kerana perkahwinan yang ke 100 ini Cik Siti Aminah telah pun meningkat usia.
loading...
Menyingkap Sejarah Cik Siti Aminah Ataupun Cik Siti Jalang Di Kampung Tembioh Kota Tinggi, Johor Menyingkap Sejarah Cik Siti Aminah Ataupun Cik Siti Jalang Di Kampung Tembioh Kota Tinggi, Johor Reviewed by Viral Network on 8:37:00 PM Rating: 5

No comments