[Terkini]

Nak Tangkap Pokemon "Super Rare" ? Baca Info Info, Item, Tips Dan Tricks Yang Perlu Anda Tahun Tentang Pokemon

loading...


Ini adalah screenshot peta Pokemon GO di Taman KLCC dan sekitarnya, sedih bila tengok banyak Pokestop tapi tiada siapa nak dermakan "Lure Module" untuk menarik lebih banyak lagi Pokemon liar ke Pokestop tersebut.



Jadi saya kongsikan tips-tips untuk anda supaya anda boleh dapat menangkap lebih banyak Pokemon, mana tahu jumpa jenis "Super Rare" juga nanti.

Berikut adalah senarai "Items" dan kegunaannya yang akan banyak membantu anda nanti:

1. Poke Ball - Digunakan untuk menangkap Pokemon. Tekan Poke Ball pada skrin smartphone anda dan lihat bulatan di Pokemon tersebut (Hijau - sangat senang untuk ditangkap, Kuning - sederhana susah, Merah - sangat susah) dan tolak jari anda ke atas, kemudian lepaskan jari anda apabila anda mencapai tahap yang anda rasa mungkin akan sampai ke Pokemon tersebut. Ada 2 jenis Poke Ball lagi iaitu Great Ball dan Ultra Ball, tahap kesukaran akan berkurangan bergantung kepada jenis Poke Ball yang akan anda gunakan.

2. Camera - Untuk menangkap gambar Pokemon tanpa ada tulisan paparan di smartphone anda.

3. Egg - Telur Pokemon yang boleh menetas (gunakan Egg Incubator) setelah anda berjalan sejauh 1.0, 2.0, 5.0, atau 10.0 kilometer, tahap "Rare" Pokemon yang akan menetas adalah bergantung kepada jarak yang perlu anda berjalan. Jangan cuba menetaskan Egg dengan menaiki tren LRT, ERL, ETS, atau KTM Senandung Langkawi, menunggang basikal atau motorsikal, memandu kereta ataupun bas dan juga lori treler mahupun van jenazah, ini kerana aplikasi Pokemon GO tersebut akan mengesan yang anda bukannya berjalan kaki. Hati-hati kerana anda akan dapat "Soft Ban" dan anda tidak boleh menangkap Pokemon selama lebih kurang 4 jam.

4. Incense - Item ini jika digunakan akan menarik perhatian lebih banyak lagi Pokemon liar kepada anda, GUNAKAN SEMASA BERJALAN KAKI SAHAJA, JANGAN GUNAKAN SAMBIL MENAIKI KENDERAAN jika tidak anda tunggu panggilan maut "Soft Ban" nanti. Saya sarankan ianya digunakan setelah anda mencapai Level 15 dan ke atas.

5. Lucky Egg - Telur Bertuah ini akan memberikan 2 kali ganda EXP (Experience Point) kepada anda, gunakan setelah mencapai Level 15 dan ke atas.

6. Lure Module - Ini adalah Item yang sangat penting kepada semua pemain Pokemon GO, gunakan Lure Module ini di Pokestop yang mungkin ramai orang akan berada di situ, contohnya seperti di Taman KLCC, Dataran Merdeka, Dataran Putrajaya atau "Landmark" lain, ianya akan menarik perhatian lebih banyak lagi Pokemon liar di sekitar Pokestop tersebut, orang lain juga dapat menikmati kelebihan tersebut walaupun ianya diletakkan oleh orang lain. YANG PALING PENTING JANGAN KEDEKUT NAK GUNA LURE MODULE, setiap kali naik Level anda akan dapat lagi Lure Module, guna sama-sama, tangkap sama-sama, Lure Module digunakan sepenuhnya di Central Park, New York, dan semua orang dapat tangkap Pokemon bersama, tak susah bukan?

7. Revive & Max Revive - Untuk menghidupkan kembali Pokemon yang pengsan akibat kalah teruk ketika bertarung di Gym, Revive akan menghidupkan Pokemon anda dengan bekalan nyawa yang sedikit manakala Max Revive akan menghidupkan Pokemon anda dan memenuhkan bar nyawa Pokemon anda.

8. Potion - Memenuhkan bar nyawa Pokemon anda sebanyak 20 HP (Health Point), Super Potion - memenuhkan sebanyak 50 HP, Hyper Potion - Memenuhkan sebanyak 200 HP, Max Potion - Memenuhkan sepenuh-penuhnya.

9. Razz Berry - Gunakan Item ini ketika anda menghadapi kesukaran untuk menangkap Pokemon, Razz Berry akan membantu merendahkan tahap kesukaran tersebut, contohnya dari bulatan merah menjadi bulatan kuning.

10. Pokemon Candy - Ada banyak jenis Candy, antaranya adalah Pikachu Candy, Magikarp Candy, Dratini Candy, Zapdos Candy, dan pelbagai lagi jenis Candy. Ianya digunakan untuk Power Up (Menaikkan CP iaitu Combat Power) dan juga untuk Evolve (mengevolusikan Pokemon tersebut), selalunya Candy tersebut adalah berdasarkan Evolusi Pertama Pokemon tersebut, anda perlu mengumpul mengikut jumlah yang ditetapkan. Contohnya seperti Eevee ke Jolteon, Vaporeon, Flareon, anda memerlukan 25 Eevee Candy manakala Magikarp ke Gyarados anda memerlukan sebanyak 400 Magikarp Candy (HAHAHA MASAKLAH KAU NAK KUMPUL).

Tips & Tricks:

- tekan jari anda pada Pokeball tanpa lepaskan jari anda dan pusingkan jari anda dan anda akan dapat Bola Berputar Pusing-pusing Dan Nampak Lebih Cool Waktu Tangkap Pokemon kemudian lepaskan ke arah Pokemon tersebut, ianya akan memberikan peluang yang lebih baik supaya Pokemon tersebut berjaya ditangkap oleh anda. (Kadang-kadang rasa macam takde beza pun)

- anda boleh join Team Instinct atau Yellow (YANG POWER GILA TU), Team Valor atau Red (Taknak kutuk sebab taknak berpuak), dan juga Team Mystic atau Blue (Taknak kutuk jugak sebab kita semua kawan kan) apabila anda mencapai Level 5, hanya pergi sahaja ke mana-mana Gym dan anda boleh pilih Team anda, pilihlah Team yang betul iaitu Instinct ecewahhh.

- sebelum Evolve pastikan CP Pokemon anda lebih kurang CP400 ke atas untuk hasil evolusi yang terbaik, jangan menyesal kalau anda dapat hasil evolusi dengan CP yang rendah hanya kerana kecuaian anda, yelah mesti penat kumpul Candy lepas tu dapat CP rendah pfftt confirm kalah merata.

Okay itu sahaja setakat ini tips-tips Pokemon GO dari saya buat masa ini, jaga keselamatan ketika bermain, jangan sesuka hati menceroboh tanah persendirian yang bukan milik anda, dan jangan lalai supaya permainan ini tidak jatuh hukum haram pada anda.

Jangan lupa nyanyi lagu di bawah sebelum mulakan pengembaraan anda ya:

"I wanna be the very best like no one ever was, to catch them is my real test, to train them is my cause. POKEMON! GOTTA CATCH EM' ALL!" HAHAHAHAHA.


sumber/kredit : Megat MomoGun Firdaus
loading...
Nak Tangkap Pokemon "Super Rare" ? Baca Info Info, Item, Tips Dan Tricks Yang Perlu Anda Tahun Tentang Pokemon Nak Tangkap Pokemon "Super Rare" ? Baca Info Info, Item, Tips Dan Tricks Yang Perlu Anda Tahun Tentang Pokemon Reviewed by Viral Network on 4:13:00 PM Rating: 5

No comments