[Terkini]

Ibu putus betis kanan apabila dirempuh dan digilis kereta di depan Sekolah Menengah

loading...



Muar: Ibu putus betis kanan apabila dirempuh dan digilis kereta di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Menanti di sini, 4 petang tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Ida Suryanti Yunus, 46, dikatakan dalam perjalanan mengambil anaknya pulang daripada kelas tambahan sebelum dilanggar kereta dari arah bertentangan.

Saksi yang enggan dikenali berkata, mangsa yang menunggang motosikal dirempuh dan diseret kereta berkenaan menyebabkan kaki kanannya terputus dari betis.

"Mangsa yang dikatakan dari Kampung Parit Nawi di sini, masih dalam keadaan sedar ketika dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Sementara itu, jurucakap HPSF ketika dihubungi mengesahkan merawat mangsa dan dalam keadaan stabil.
loading...
Ibu putus betis kanan apabila dirempuh dan digilis kereta di depan Sekolah Menengah  Ibu putus betis kanan apabila dirempuh dan digilis kereta di depan Sekolah Menengah Reviewed by The Vex Media on 9:15:00 AM Rating: 5

No comments