[Terkini]

34 Lokasi Air Paling Jernih Di Dunia, Malaysia Tersenarai

loading...
Air yang jernih membiru dan bersih pastinya menjadi lokasi yang sangat menyeronokkan untuk mereka yang suka menyelam.
Berikut merupakan 34 lokasi yang memiliki air yang jernih dan bersih. Ada yang boleh diminum terus tanpa perlu di masak.

1. Pulau Linapacan, Palawan, Filipina

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-1


  • Lokasinya di kawasan pedalaman menawarkan air yang jernih dan pantai yang bersih.

2. Maldives

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-2

  • Kaya dengan hidupan laut dan terumbu karang. Menjadi pilihan ramai bagi yang ingin menikmati percutian menarik sebelum pulau-pulau di sini hilang di tenggelami air.

3. Dog Island, San Blas, Panama

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-3

  • Merupakan salah satu dari kawasan simpanan di bawah kepulauan Kuna (Kuna Island).

4. Cayo Coco, Cuba

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-4

  • Pernah dianugerahkan sebagai salah satu dari destinasi utama bagi peminat sukan skuba kerana kejernihan airnya.

5. Cala Macarelleta, Menorca, Sepanyol

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-5

  • Terletak di bahagian paling selatan Pulau Mediterranean di Menorca, Cala Macarelleta hanya boleh di jejaki dengan berjalan kaki atau dengan menaiki bot. Merupakan lokasi paling sunyi berbanding kawasan tumpuan pelancong lain di Sepanyol.

6. Sua Trench, Samoa

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-6

  • Sua itu sendiri bermaksud kolam besar dalam bahasa Samoa. Kedalaman kolam semula jadi ini adalah 30 meter dengan air yang jernih.

7. Tasik Crater, Oregon

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-7

  • Kadar penglihatan di tasik ini adalah 43.3 meter, antara yang paling dalam boleh dilihat hingga ke dasar di dunia. Untuk ke tasik ini anda perlu melalui laluan berbatu. Perjalanan balik yang mendaki merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi.

8. Pantai Bak Bak, Borneo

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-8

  • Anda boleh ke sini dengan menaiki kenderaan selama 3 jam 30 minit dari Kota Kinabalu, Sabah.

9. Jiuzhaigou Valley, Sichuan, China

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-9

  • Diwartakan sebagai taman negara oleh Kerajaan China.

10. Semporna, Sabah, Malaysia

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-10

  • Aha, Sabah masuk senarai bah! Semporna memang terkenal dengan kejernihan airnya. Semporna juga menjadi hub bagi peminat aktiviti skuba di sekitar Sabah.

11. Tasik Jenny, Wyoming

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-11

  • Terletak hampir di kemuncak gunung Grand Teton, yang terkenal di kalangan pendaki. Walaupun motor bot di benarkan di tasik ini, kejernihan airnya masih terpelihara. Harapan kami ia kekal begitu hendaknya.

12. Rio Sucuri, Brazil

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-12

  • Terletak di daerah Pantana, Brazil, sungai ini yang kaya dengan berbagai tumbuhan di dasarnya diwartakan sebagai sungai paling jernih di dunia. Anda juga berpeluang untuk melakukan aktiviti snorkeling jika ke sini.

13. Calanque de Sormiou, Perancis

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-13

  • Merupakan sebuah teluk dengan dinding batuan yang curam sepanjang 20km dari Marseille and Cassis. Selain dari air yang jernih dan pantai yang cantik, Calanque juga digemari oleh para pendaki.

14. Pulau Panari, Okinawa, Jepun


  • Juga dipanggil pulau Aragusuku merupakan sebahagian dari kepulauan Yaeyama di Jepun. Dikenali sebagai lokasi terbaik untuk aktiviting menyelam dan kaya dengan berbagai hidupan laut dan terumbu karang sebesar saiz di Great Barrier Reef. Dianggarkan terdapat lebih dari 400 jenis karang laut, 5 jenis penyu, ikan pari, jerung dan berbagai jenis hidupan laut tropika di sini.

15. Puerto Ayora, Galapagos

  • Walaupun bandar ini memiliki populasi penduduk terpadat di Galapagos, namun ia masih menawarkan air yang jernih dan bersih. Iguana, singa laut, ikan pari dan berbagai spesis ikan dapat dilihat berkeliaran bebas di sini.

16. Tasik Tahoe, Nevada

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-16

Merupakan lokasi yang tidak begitu diketahui bukan saja oleh pelancong tapi juga penduduk tempatan di sini.

17. Cayos Cochinos, Honduras

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-17

  • Lokasinya adalah di bahagian tengah teluk Carribean, Honduras.

18. Primosten, Croatia

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-18

  • Terletak di Teluk Adriatic, utara Split, Primosten diwartakan sebagai pantai tercantik di Croatia.

19. St George, Bermuda

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-19

  • Merupakan pulau jajahan Britain ini menawarkan air yang jernih di sekitarnya.

20. Hanauma Bay, Oahu, Hawaii

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-20

  • Jika anda ke sini pada hujung minggu, ia dipenuhi oleh ramai pengunjung. Tapi pada hari biasa, anda berpeluang untuk menikmati air yang jernih dalam suasan damai.

21. Pupu Springs, New Zealand

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-21

Terletak di puncak Golden Bay, South Island, dianggarkan 14,000 liter air mengalir ke sini setiap saat pada musim bunga.

22. Calanque d’En-Vau, Perancis

Calanque d'En Vau between Marseille and Cassis, Bouches-du-Rhône, France

  • Satu lagi teluk dengan air yang bersih di Peracis. Tebing di teluk ini lebih curam dari Sormiou, terpencil, sunyi dan airnya sangat jernih.

23. Rio Azul, Argentina

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-23

  • Air yang jernih sehingga boleh diminum tanpa perlu di masak, hanya di Rio Azul berhampiran El Bolsón, Patagonia, Argentina.

24. Corfu, Greece

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-24

Pada sekitar kurun 1900, mereka yang berkunjung ke sini adalah golongan bangsawan dan kerabat diraja Eropah. Kini Corfu dikunjungi ramai dan berbagai pakej ditawarkan oleh syarikat pelancongan di sini.

25. Aitutaki, Pulau Cook

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-25

  • Pernah dianugerahkan sebagai pulau tercantik di dunia pada June 2010 oleh pengasas Tony Wheeler; Lonely Planet.

26. Koh Phi Phi Don, Thailand

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-26

  • Menjadi terkenal selepas penggambaran filem The Beach dilakukan di pulau sebelahnya iaitu pulau Koh Phi Phi Leh. Hari ini Koh Phi Phi dikunjungi ramai kerana airnya yang jernih.

27. Playa Blanca, Colombia

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-27

  • Mengambil masa 45 minit perjalanan dengan bot dari Cartagena, air di sini jernih dan biru berkilauan.

28. Tasik Biru (Blue Lake) New Zealand

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-28

  • Lokasi tasik ini adalah di Nelson Lakes National Park, bahagian Southern Alps of New Zealand.

29. Königssee, Jerman

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-29

Ramai yang masih tercari-cari di manakah sebenarnya lokasi ini dan siapakah jurugambarnya? Kemungkinan besar lokasinya adalah di Königssee, atau mungkin di sempadan antara Bavaria dan Austria.

30. Valle Verzasca, Switzerland

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-30

  • Air yang jernih di sungai Verzasca ini mengalir di sepanjang 30km di lembah berbatu di Switzerland ini. Empangan dengan nama yang sama telah dijadikan lokasi penggambaran filem James Bond – Goldeneye telah menyekat aliran air sungai ini hingga membentuk Lago di Vogorno.

31. Pulau Tioman, Malaysia

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-31

  • Sekali lagi, salah satu dari lokasi di Malaysia masuk senarai. Lokasi di mana gambar ini diambil adalah di Kampung Genting, Pulau Tioman.

32. Belo Sur Mer, Madagascar

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-32

  • Ross Borden, fotografer yang mengambil gambar ini menceritakan lokasi terpencil ini ditemui hasil maklumat dari penduduk tempatan. Beliau sangat teruja sewaktu menghabiskan 2 hari di sini, melihat cara hidup masyarakat asli di sini dan melihat berbagai hidupan laut dalam di tempat yang alamnya masih terpelihara bersih ini.

33. Tasik Marjorie, California

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-33

  • Tasik yang jernih dengan pemandangan menarik pada ketinggian 11,132 dari aras laut.

34. Bodrum, Turki

35-lokasi-air-paling-jernih-di-dunia-malaysia-tersenarai-34

  • Wilayah Bodrum ini disenaraikan antara 7 keajaiban dari zaman purba. Air di sini sangat jernih hinggakan terasa seperti motorbot sedang terapung di udara.
loading...
34 Lokasi Air Paling Jernih Di Dunia, Malaysia Tersenarai 34 Lokasi Air Paling Jernih Di Dunia, Malaysia Tersenarai Reviewed by Mister Haqi on 6:12:00 PM Rating: 5

No comments