[Terkini]

7 Panggung Wayang Yang Paling Selesa Di Dunia, Malaysia Tersenarai

loading...
Russia Cinema
Menonton filem di pawagam adalah satu aktiviti yang ditunggu-tunggu peminat filem ketika hujung minggu. Filem menarik, tempat duduk yang selesa, penghawa dingin yang sejuk, sudah cukup untuk membuatkan hujung minggu kita menjadi lebih menarik.
Tetapi apa anda rasa, apabila kami kata ada yang lebih selesa dari apa yang anda lakukan setiap hujung minggu itu. Bed movie theaters atau pawagam filem berkatil ini kelihatan sangat menarik untuk dikunjungi. Dan salah satunya berada di Malaysia.

1. Electric Cinema, England

7-panggung-wayang-berkatil-di-dunia-buat-penonton-selesa-seperti-di-rumah
Di Electric Cinema, England, peminat filem boleh memilih tempat duduk yang mereka mahukan. Pilihan yang ada termasuklah armchair, sofa, dan yang paling best – katil! Perbezaan pawagam ini dengan pawagam katil yang lain ialah, katil hanya terletak di barisan paling hadapan. Kalau selalunya tempat duduk di barisan inilah yang paling tidak selesa kerana perlu mendongak, kini tidak lagi kerana anda hanya perlu.. berbaring!

2. Velvet Class, Blitz Megaplex Pacific Place, Jakarta

7-panggung-wayang-berkatil-di-dunia-buat-penonton-selesa-seperti-di-rumah2

Blitz Megaplex adalah pawagam filem terbesar di Indonesia. Mereka mempunyai beberapa cawangan di Indonesia, akan tetapi hanya satu pawagam filem berkatil, iaitu di Pacific Place. Pilihan ini dikenali sebagai “Velvet Seating”. Mereka juga menyediakan meja kecil untuk meletakkan snek dan minuman yang anda bawa. Pada harga USD20, ini adalah satu pengalaman yang boleh anda cuba bersama pasangan hidup anda.

3. Beanie, TGV – Malaysia

7-panggung-wayang-berkatil-di-dunia-buat-penonton-selesa-seperti-di-rumah3

Tidak sangkakan? Ya, ini adalah di Malaysia. Dengan pilihan di 4 buah negeri, anda boleh memilih di mana-mana anda sukai. TGV mempunyai bilik khas beanie di 1st Avenue (Penang), 1 Utama, Sunway Pyramid, Setiawalk (Selangor), Tebrau City, Bukit Indah (Johor) dan juga mempunyai katil beanie di bilik pawagam biasa di Cheras Sentral dan Strand Mall. Seperti namanya, beanie adalah diperbuat dari kekacang – jadi anda akan mengalami keselesaan yang lebih apabila menggunakan katil ini.

4. Paragon Cineplex, Siam Paragon

7-panggung-wayang-berkatil-di-dunia-buat-penonton-selesa-seperti-di-rumah4

Dari Indonesia, kita ke Malaysia, dan kini ke utara lagi – di Thailand! Ini adalah antara pawagam paling selesa yang kami pernah lihat. Di pawagam ini anda bukan sahaja dapat tiket filem dan katil yang selesa, tetapi juga minuman, makanan pembuka selera, dan satu hidangan pop corn. Pawagam ini terletak di Siam Paragon Mall, Paragon Cineplex juga menyediakan pelayan untuk melayani kehendak anda. Tetapi pada harga USD91 seorang untuk sekeping tiket wayang – mahukah anda terganggu dengan pelayan apabila menonton filem?

5. IKEA Bedroom Cinema, Moscow, Russia

7-panggung-wayang-berkatil-di-dunia-buat-penonton-selesa-seperti-di-rumah5

IKEA Rusia membawa seluruh set bilik tidur ke pawagam Moscow, termasuk selipar, kain buruk, lampu meja dan selimut selesa

6. Buda Bed Cinema, Budapest, Hungary

7-panggung-wayang-berkatil-di-dunia-buat-penonton-selesa-seperti-di-rumah6

The Buda Bed Cinema hanya dibuka pada November 2014 . dengan sofa bersaiz queen, ianya boleh menempatkan satu keluarga menonton dan berpiknik di dalam panggung wayang.

7. Cine de Chef, Seoul, Korea Selatan

7-panggung-wayang-berkatil-di-dunia-buat-penonton-selesa-seperti-di-rumah7

Terdapat lebih 30 tempat duduk nyaman disediakan di samping tu, anda juga boleh menikmati hidangan perancis sewaktu menonton wayang disini. Tiket masuknya adalah $54 iaitu sekitar RM150 seorang.
loading...
7 Panggung Wayang Yang Paling Selesa Di Dunia, Malaysia Tersenarai 7 Panggung Wayang Yang Paling Selesa Di Dunia, Malaysia Tersenarai Reviewed by Mister Haqi on 4:24:00 PM Rating: 5

No comments