[Terkini]

7 Tanda Member Korang Seorang Suami Yang Takut Bini

loading...
7-tanda-kawan-korang-seorang-suami-yang-takut-bini
“Semenjak kahwin ni berubah betul perangai kau. Kenapa? Takut bini ke?”. Sebagai seorang lelaki, sudah pasti mereka tak akan menerima kenyataan bahawa sudah terkena wabak takut bini.
Takpe. Takpe. Jom kita tengok sama ada member korang tu dah terjebak tak dengan simptom ni. Eh, ntah-ntah korang pun sama kan? Geng Takut Bini.

1. Guna gambar bini untuk profile Facebook, WhatsApp, Instagram etc

Kadang-kadang korang jadi confused sama ada nombor telefon itu adalah kepunyaan member korang atau bini dia. Mana taknya, semua profile picture untuk laman sosial diletakkan muka isteri tercinta.

2. Sentiasa nak ‘blah’ cepat

Baru je nak melepak sambil sembang kosong, yang member korang ni boleh minta diri. Aik! Takkan hari-hari malam Jumaat?

3. Tukar nama kawan perempuan kepada nama lelaki

Disebabkan isteri member korang mempunyai persepsi bahawa semua perempuan nak mengorat laki dia, maka nama korang ditukarkan daripada Sally kepada Salim. Harap memahami.

4. Gelisah bila handphone tiada line

Member korang paling gelisah bila handphone takde line ataupun bateri dah mati. Mana taknya, kena report lokasi setiap jam pada mem besar!

5. Tak boleh pandang perempuan lain!

Agaknya, kalau member korang ni boleh jalan sambil pejam mata, dah lama dah dia buat. Lagi-lagi bila ada awek cun depan mata, memang melulu je jalan.

6. Tak suka pergi outstation

Member korang akan jadi cacing kepanasan bila bos bagi arahan untuk dia kerja dlu luar kawasan. Susah hati nak beritahu isteri lah tu!

7. Berkepit dengan bini sahaja bila cuti

Setiap kali cuti, objektif utama adalah untuk luang masa bersama isteri. Jadual tu dah fully bookedsampai jannah!
Namun, tak semua suami di luar sana yang berkelakuan sebegini semata-mata sebab takut bini. Kadang-kadang mereka cuma tak mahu timbulkan perbalahan sahaja dan sayangkan isteri masing-masing. Betul tak?
loading...
7 Tanda Member Korang Seorang Suami Yang Takut Bini 7 Tanda Member Korang Seorang Suami Yang Takut Bini Reviewed by Mister Haqi on 4:19:00 PM Rating: 5

No comments