[Terkini]

Bahayakah Bila Tapak Tangan & Kaki Kerap Berpeluh?

loading...
Bahayakah Bila Tapak Tangan & Kaki Kerap Berpeluh?
Pasti ada diluar sana yang mempunyai masalah tangan basah atau tangan berpeluhkn? Kalau bukan anda, mungkin kawan – kawan anda mempunyai masalah ini.
Rupanya tangan berpeluh juga satu penyakit, dan ada yang kata ada kaitan dengan penyakit jantung… dan ada pula kata, orang yang kuat berpeluh mudah terkena buatan orang. Betul kea tau tu semua mitos sahaja.
Disini kami ingin kongsikan apa sebenarnya punca dan bagaimana nak atasi masalah tangan berpeluh.

Telapak tangan berpeluh atau nama saintifiknya Palmar Hyperhidrosis merupakan suatu keadaan di mana si pesakit tidak dapat mengawal peluh di telapak tangan.. peluh itu akan keluar pada bila-bila masa sahaja dalam jumlah yang besar walaupun si pesakit tidak melakukan sebarang aktiviti.
Berkeringat merupakan usaha tubuh untuk mengeluarkan panas sebagai respon dari rasa cemas. cuaca panas, stress, dernam, dan sebagainya. Keringat(peluh) berlebihan pada telapak tangan merupakan suatu keadaan yang disebut sebagai hiperhidrosis palmar, terjadi sebagai akibat dari hiperaktivities (aktiviti yang berlebihan) sistern saraf simpatetik yang meningkatkan kerja kelenjar peluh. Nama lain untuk hiperhidrosis antara lain adalah :
  • keringat berlebihan
  • hyperhidrosis
  • hyperidrosis
  • polyhidrosis
  • excessive sweating.
Menurut kajian hiperhidrosis berlaku seawal zaman kanak-kanak dan remaja. Penyakit ini tidak mernudaratkan sehingga membawa maut, namun akan menyebabkan kualiti hidup seseorang terganggu akibat tekanan emosi. malu untuk bersosial dan menganggu pekerjaan seperti kesukaran untuk menulis.
Penyakit ini amat sukar untuk dirawat dengan berkesan. Punca sebenar hiperhidrosis tidak diketahui dengan tepat, namun peluh diketahui dikawal oleh sistem saraf dikenali sebagai sympathetic.
Secara umumnya, dalam keadaan biasa, hypothalamus iaitu bahagian otak yang mengawal fungsi berkaitan peluh menghantar isyarat kepada saraf peluh. Saraf ini sebahagian daripada sistern saraf sympathetic yang terletak dalam rongga kaviti. Bagaimanapun, dalam kes hiperhidrosis. kelenjar peluh tidak patuh pada isyarat yang dihantar.
Hiperhidrosis adalah suatu kelainan yang terjadi kerana aktiviti kelenjar peluh yang berlebihan. Hiperhidrosis dapat bersifat primer maupun sekunder.

Higerhidrosis Primer

Hiperhidrosis primer Iebih banyak bersifat idiopatik atau tidak diketahui sebabnya. namun pada beberapa keadaan. hal ini dapat disebabkan oleh meningkatnya aktiviti saraf simpatis kerana stress. Sedangkan sebab lain di sebutkan kerana faktor genetik.

Higerhidrosis Sekunder

Hiperhidrosis sekunder disebabkan kaerana adanya penyakit yang mendasari yang diderita pesakit atau kerana penggunaan ubat-ubatan. Berikut beberapa contohnya:
  • Trauma saraf tulang belakang
  • Kematian saraf perifer
  • Lesi atau tumor otak
  • Monopause
  • Penyakit infeksi
  • Penyakit metabolik
  • Penyakit jantung
  • Ubat-Ubatan (propanolol, pilokarpin, golongan antidepresan trisiklik dan golongan Serotonin Reuptake Inhibitor (SSRI)).

Antara kemungkinan penyebab penyakit ini;

  • Mengalami gangguan pada jantung, paru-paru, sesak nafas dan stress.
  • Dikaitkan dengan 3 organ iaitu otak, jantung, dan organ reproduktif
  • Alahan
  • Gangguan emosi contohnya gelisah, marah, kebingungan, was-was, cemas, dll
  • Faktor genetik

Kesan Palmer Hyperhidrosis:

  • menyebabkan seseorang berasa terganggu dan tidak selesa.
  • menjejaskan keyakinan diri dalam berinteraksi secara sosial (contoh: menyebabkan si pesakit malu untuk berjabat tangan dengan orang lain)
  • menyebabkan tekanan
  • mengalami kesulitan mengoperasikan dan menggenggam alat-alat tertentu seperti pisau. pen atau mernainkan alat muzik.
  • mengakibatkan dehidrasi/kehilangan cairan tubuh.
loading...
Bahayakah Bila Tapak Tangan & Kaki Kerap Berpeluh? Bahayakah Bila Tapak Tangan & Kaki Kerap Berpeluh? Reviewed by Mister Haqi on 8:13:00 PM Rating: 5

No comments