[Terkini]

Benarkah Raes Hazzlin ini kekasih baru Ruhainies?

loading...
Benarkah Lelaki bernama Raes Hazzlin ini kekasih baru Ruhainies? Tunggu sekejap, itu hanyalah drama lakonan di antara mereka berdua menerusi drama Jejak Karmila yang akan di tayangkan pada 24 November ini di Slot Zehra TV3.


Menggunakan Nama Komersialnya Raes Hazlin Rezuwan , 19 Tahun yang berasal dari Jitra Kedah tidak kisah di cop muka jambu. 

"Saya Tak Hiraukan mereka mengatakan saya bermuka jambu dan tidak berpandai berlakon. Saya masih baru dalam bidang ini dan banyak perkara yang perlu saya belajar. "

Jelas perlakon muda ini dia lebih selesa bersikap rendah diri dalam apa jua tindakkan. Raes akui seorang yang boleh ditegur dan memerlukan bimbingan dari sesiapa sahaja dalam dunia lakonan. 

Bercakap mengenai drama jejak karmila, Raes Hazzlin memegang watak sebagai Amirul yang merupakan seorang pemuda kolej yang tampan, ikhlas dan penyabar terhadap perangai angkuh Nonie (Lakonan Ruhainies). 

Sepanjang sesi pengembaraan drama, Raes sendiri tidak terlepas di tegur oleh pengarah tentang kekurangannya ketika berlakon. 

" Semasa berlakon saya jenis yang cakap laju" Ujarnya

Raes Hazzlin pernah muncul dalam Telefilem Ustaz Baru Nak Start (Astro Ria) , Amsyar ( TV9) dan yang terbaru dalam jejak karmila. Raes terlibat dalam dunia lakonan selepas casting untuk talent TVC dan casting di Zeel production.
loading...
Benarkah Raes Hazzlin ini kekasih baru Ruhainies? Benarkah Raes Hazzlin ini kekasih baru Ruhainies? Reviewed by Viral Media on 7:54:00 AM Rating: 5

No comments