[Terkini]

‘Bila Arwah Suami Dah Pergi, Mula Saudara-mara Jauh Datang Minta Itu Ini’

loading...


Assalamualaikum, thanks OMM memaparkan luahan hati ini.
Bukan untuk mengaibkan sesiapa, tapi sekarang jika dilihat dengan mentality masyarkat yang jauh berbeza dari zaman ibu bapa  kita. Masalah aku bukan masalah suami isteri, hubungan kami Ok dari mula-mula berkahwin sehinggalah arwah meninggal dunia.

Aku bahagia walau tidak dikurniakan cahaya mata. Arwah seorang suami yang baik.  Memang betol apa yang orang selalu cakap, zaman sekarang semasa saudara kita susah tiada yang datang membantu, bila individu terbabit meninggal masing-masing  menunggu bahagian , harta wajib dibahagi mengikut faraid walaupun arwah sudah wasiatkan siapa penama, itu kata mereka.
Hidup kami berubah apabila suami disahkan mengidap kanser, walau aku bekerja dengan pendapatan golongan pertengahan, suami pun sama, kekangan kewangan amat ketara. Jangan cakap bila sakit duit tidak habis.
Bermacam ikhtiar kami lakukan dan segalanya bukan sedikit kami korbankan, duit, masa, tenaga semuanya aku pertaruhkan demi suami tercinta. Bila dengar sahaja ada ubat yang boleh menyembuhkan suami, tanpa teragak-agak, tanpa tanya berapa nilai aku akan beli, ada sampai beribu.
Hujung minggu kami akan pergi seluruh pelusuk tanah air untuk berubat, itu antara usaha kami. Hutang kad kredit makin banyak, nasib agak baik walau cuti gaji tetap jalan, tapi aku tetap buat kerja sampingan, memasak, buat kuih demi cari duit.
Aku agak terkilan dengan ipar-ipar, rumah mereka 5 minit sahaja ke hospital, tapi selama setahun suami terlantar, ulang-alik ke hospital, hanya berapa kali sahaja datang melawat, alasan sibuk, hari bekerja yer sibuk, hari minggu katanya sibuk kemas rumah. Adalah dalam 5x mereka datang melawat.
Aku yang sering kurang rehat entah berapa kali pengsan di hospital, suami selalu terasa hati dengan adik beradiknya. Bantuan kewangan langsung tiada. Malah adik beradik aku ada yang sanggup buat pinjaman demi ubat-ubat suami.
Sememangnya mereka kata cukup dengan ubat doktor, dengan kimo, tak perlu cari ubat lain sedangkan aku hanya berusaha.
Setahun sakit arwah pergi meninggalkan aku dengan hutang kiri dan kanan. Emas semua digadaikan.  Bila aku dapat duit kwsp arwah, sebagaimana penama yang ditetapkan, ibu mertua dan aku yang dapat. Duit itu aku gunakan untuk tebus emas yang digadai, bayar hutang semua, berpuluh ribu juga, yang tinggal aku buat kenduri arwah, upah haji untuk arwah dan juga aku beli telekong, Al-quran , sejadah dan sedekahkan kat masjid-masjid. Semuanya aku lakukan demi Arwah.
Duit pencen SOCSO yang sedikit setiap bulan aku tak makan sorang, setiap bulan aku bagi ibu mertua juga, itu pun mereka semua tidak pernah puas hati, kini mereka minta dibahagikan secara faraid pulak sedangkan duit itu semua bukan aku makan sorang pun, dimana mereka ketika arwah perlukan mereka? Duit yang sedikit itu juga yang mereka nampak sedangkan mereka tidak pernah peduli arwah sakit selama ini.
loading...
‘Bila Arwah Suami Dah Pergi, Mula Saudara-mara Jauh Datang Minta Itu Ini’ ‘Bila Arwah Suami Dah Pergi, Mula Saudara-mara Jauh Datang Minta Itu Ini’ Reviewed by Mister Haqi on 5:09:00 PM Rating: 5

No comments