[Terkini]

Che Ta Tayang Banglo Baru Beli… Mewah Habis Beb!

loading...
SEBUT sahaja nama Rozita Che Wan, pastinya ramai membayangkan kehidupan serba mewah selain minatnya yang gemar pergi melancong.
Mana tidaknya, beg puluhan ribu yang diperagakan sentiasa kelihatan silih berganti, setiap bulan ada sahaja destinasi percutian luar negaranya dan pakaian yang digayakan nampak mewah-mewah belaka!

15107208_337117766645677_6717903345999108739_n
Dek kerana sikap terbukanya mendedahkan kehidupan itu, ada yang menyifatkan Che Ta sengaja menunjuk-nunjuk kekayaan dimiliki di laman sosial.
Walaupun dikritik, Che Ta langsung tidak mengambil pusing dan terus rancak melebarkan empayar perniagaannya.
Usaha titik peluhnya ternyata membuahkan hasil apabila baru-baru ini Che Ta memuat naik gambar rumah banglo mewahnya yang terletak di Kota Damansara, Selangor.
Banglo itu dipercayai baru dibelinya kerana sebelum ini difahamkan, Che Ta bersama keluarga tinggal di Subang Jaya.
Sementara itu, rata-rata peminat menzahirkan ucapan tahniah kepada Che Ta atas pencapaiannya itu.
Tidak kurang juga, yang menasihati agar Che Ta tidak menunjuk kemewahannya lagi kerana takut-takut kemudian hari diintai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Tambahan pula, Che Ta baru-baru ini disekat untuk keluar negara berikutan mempunyai cukai tertunggak.
Walau bagaimanapun, pelakon Kiah Pekasam ini ada menjelaskan bahawa dia tidak lupa bayar cukai namun amaun tunggakan yang ditanggung terlalu besar untuk dilangsaikan dengan kadar sekali gus
loading...
Che Ta Tayang Banglo Baru Beli… Mewah Habis Beb! Che Ta Tayang Banglo Baru Beli… Mewah Habis Beb! Reviewed by Hi Viral on 11:51:00 AM Rating: 5

No comments