[Terkini]

Cikgu Zaman Sekarang Tak Macam Cikgu Zaman Dulu-dulu?

loading...

Bila sedang viral kes guru dan murid yang patah leher tu, aku terus teringat kisah yang berlaku di tempat adik aku. Asalnya sekolah teknik biasa yang dinaik taraf sebagai kolej, guru pula dinaik pangkat menjadi pensyarah. Namun tidak kira guru biasa atau pensyarah ilmunya memang kita tagih, jasa dan pengorbanan mereka tidak ternilai.
Kalau dulu ibu bapa datang serah anak kepada guru dengan  pesanan “cikgu pukullah anak saya, asalkan jangan patah dan cacat sudah”, rasanya semua ibu bapa zaman dulu memang begitu. Namun kita tidak boleh nafikan, bukan sahaja ibu bapa dan murid-murid juga berubah, guru pun ada yang berubah.
Malah ada guru zaman sekarang bukan sebab minat dan ikhlas dengan kerja tetapi cuma demi gaji. Tapi bukan semua sebegitu, masih ada guru yang betol-betol ikhlas untuk mendidik anak bangsa. Apa  yang berlaku di sekolah adik aku adalah satu kisah yang pada aku amat berbaloi untuk dikongsi.

Pada hari Isnin iaitu hari rasmi perhimpuan, semua pelajar diwajibkan memakai pakaian korporat, ada seorang pelajar yang lurus bendul (semua orang pun tahu dia begitu)memakai pakaian bengkel.
Tidak sampai 5 minit, seorang guru lelaki yang terkenal dengan panas barannya datang terus menampar pelajar tersebut sehingga kaca matanya jatuh dan pelajar tersebut tersungkur ke tanah, bibir berdarah.
Ketika itu bulan puasa, itu bukan kali pertama guru terbabit bertindak kasar, ada pelajar ditumbuk diperut depan perhimpunan.  Ramai guru wanita menangis melihat keadaan pelajar tersebut yang dengan susah payah bangun, mencari kaca mata dan cuba tersenyum.
Ada juga cikgu cuba menenangkan guru tersebut namun ibarat mencurah air ke daun keladi. Masih bulan puasa, guru tersebut terpotong jari sendiri semasa hendak memasak, sampai putus jarinya, malah selepas raya duit beberapa ribu yang baru dikeluarkan dari bank hilang bersama kereta kesayangannya. Sejak itu guru tersebut tidak kelihatan lagi sekiranya ada perhimpuan, juga tidak bertindak kasar lagi terhadap mana-mana pelajar.
loading...
Cikgu Zaman Sekarang Tak Macam Cikgu Zaman Dulu-dulu? Cikgu Zaman Sekarang Tak Macam Cikgu Zaman Dulu-dulu? Reviewed by Mister Haqi on 8:59:00 AM Rating: 5

No comments