[Terkini]

Gadis Litar Tutup Aurat

loading...


Siapa kata gadis litar perlu tampil seksi dan berpakaian sendat.
Itu kelainan yang cuba ditonjolkan sebuah butik pakaian Muslimah, ZettyJasmy apabila menampilkan gadis litar lengkap berpakaian Muslimah dan menutup aurat sebagai pengiring tujuh pelumba sebuah kelab lumba motosikal di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, semalam.
Gadis Litar Tutup Aurat2
Tujuh model lengkap berbaju kurung moden dan bertudung serba biru itu tampil sebagai gadis litar untuk pasukan lumba motosikal, BRAAAP Racing pada siri terakhir Malaysia Superbike Championship di SIC petang semalam.

Pengusaha butik Zetty Jasmy,Jasmi Jamil Abdul Malek berkata, pihaknya sudah menjangka idea menampilkan model Muslimah sebagai gadis litar menjadi viral di laman sosial di mana ada pihak yang mengecam dan menyokong idea berkenaan.
Sumber : HMetro
loading...
Gadis Litar Tutup Aurat Gadis Litar Tutup Aurat Reviewed by Mister Haqi on 9:02:00 AM Rating: 5

No comments