[Terkini]

Hilangkan Tanda Selulit Dengan Telur

loading...
Hilangkan Tanda Selulit Dengan Telur
Selulit atau stretch mark muncul kerana regangan kulit akibat berat badan bertambah secara ketara. Parut putih pada permukaan kulit tersebut memang mengganggu penampilan seseorang.
Oleh itu, ramai wanita yang berusaha untuk menghilangkannya melalui pelbagai produk sehingga teknik kecantikan. Namun, tahukah anda jika telur mempunyai khasiat yang baik untuk kulit terutama dalam mengatasi stretch mark?
Jom, cuba lakukan beberapa langkah mengatasi stretch mark dengan telur ini.

Pertama, pecah dua butir telur dan pisahkan antara kuning dan putihnya. Untuk menghilangkan stretch mark, anda hanya menggunakan putih telurnya sahaja.
Kedua, kacau putih telur menggunakan garpu. Pukul sebentar dan tidak perlu terlalu lama.
Ketiga, bila putih telur sudah cukup mengembang, aplikasikan pada kawasan stretch mark pada badan anda. Sebaiknya, gunakan berus make-up ketika mengaplikasikannya.
Keempat, biarkan selama beberapa minit sehingga putih telur mengering pada kulit. Kemudian, bilas dengan air sejuk dan keringkan dengan tuala.
Sesudah itu, letaklah beberapa titisan minyak zaitun pada kawasan stretch mark dan urut perlahan-lahan. Urutan berguna untuk membuat peredaran darah menjadi lancar. Lakukan perkara ini sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
Selamat mencuba!
loading...
Hilangkan Tanda Selulit Dengan Telur Hilangkan Tanda Selulit Dengan Telur Reviewed by Mister Haqi on 12:33:00 PM Rating: 5

No comments