[Terkini]

Jutawan segera: Nelayan jumpa muntahan Paus Sperma bernilai RM10 juta

loading...
QURAYAT: Khalid al-Sinani salah seorang daripada tiga nelayan Oman diwar-war menjadi jutawan baru selepas menjumpai “muntahan” ikan paus yang hanyut di laut.
Sinani menceritakan dia bersama dua sahabatanya dalam perjalanan pulang dari laut di Qurayat.
Mereka terlihat objek yang sangat besar mengeluarkan bau amat busuk hanyut di laut.
Hairan melihat objek luar biasa seberat sekitar 80 kilogram itu, mereka mendekatinya dan mengguna tali menunda dengan bot menuju daratan.
Gembira dengan penemuan tersebut, Sinani dan dua rakannya kembali ke pantai dan meminta beberapa pakar mengesahkan penemuan khazanah lautan itu.
Mereka bertuah kerana objek berbau busuk itu ialah ambergris hasil muntahan spesies Paus Sperma atau Paus Kepala Botak yang boleh ditemui di laut tropika.
Sinani berkata, “saya difahamkan ambergris memiliki bau yang sangat menjijikkan, setelah beberapa hari, muntahan itu mula mengeluarkan bau yang menyenangkan,” kata Sinani menurut laporan The New Arab, pada Isnin.
“Selepas kami pasti ia adalah ambar, kami mula memotong untuk mengering dan menjualnya kemudian,” ujar Sinani.
“Mimpi saya menjadi kenyataan. Saya sudah menunggu saat ini selama 20 tahun ketika saya mula memancing bersama ayah,” kata Khalid menurut Gulfnews.
Ambergris yang terhasil di dalam usus Paus Sperma, pada mulanya berbau busuk, namun apabila matang, baunya harum dan menyenangkan.
Ambergris menyerupai lilin itu memiliki nilai pasaran yang sangat tinggi harganya dan diperlukan dalam pembuatan wangian termasuk barangan kosmetik jenama mewah seperti Chanel dan Lanvin.
Menurut pakar, harga pasaran bagi ambergris yang ditemui oleh Sanani dan sahabatnya itu mencapai harga AS$2.5 juta (RM10 juta).
Sanani mengaku, setakat ini beliau sudah mendapat tawaran harga dari pedagang Arab Saudi dan Emeriyah Arab Bersatu.
Mereka sanggup membelinya dengan harga AS$19,500 (RM78,000) sekilogram.
Namun, Sanani hanya sudi menjual ambergris itu AS$35,000 (RM140,000) sekilogram.
Sanani berkata, “Saya menunggu dan melihat bagaimana menjualnya nanti.
“Saya berharap duitnya cukup menjadi modal saya menjalankan perniagaan hartanah agar hidup kami sekeluarga jadi lebih baik,” ujarnya.
Jika tiga sahabat ini mendapat bidaan harga yang betul, setiap mereka mendapat lebih RM3 juta seorang. 
loading...
Jutawan segera: Nelayan jumpa muntahan Paus Sperma bernilai RM10 juta Jutawan segera: Nelayan jumpa muntahan Paus Sperma bernilai RM10 juta Reviewed by The Vex Media on 5:00:00 PM Rating: 5

No comments