[Terkini]

Kes Penipuan RM35 juta : Saya Diperangkap – Adlin Aman Ramli

loading...

Pelakon dan pelawak terkenal, Adlin Aman Ramlie mendakwa, dia menjadi mangsa kambing hitam oleh sebuah syarikat rangkaian pelaburan haram sehingga menyebabkan dirinya ditahan polis pada 20 Julai lalu.
Adlin, 44, menjelaskan, dia ditahan polis pada tarikh tersebut untuk membantu siasatan berhubung sebuah syarikat pelaburan berkaitan hartanah.

Penipuan syarikat pelaburan itu difahamkan telah menyebabkan kerugian sehingga RM35 juta.
“Tujuan saya mengadakan sidang akhbar ini adalah bagi menjelaskan salah faham tentang beberapa perkara berkaitan penangkapan saya.
Pertama, saya diperangkap dan dijadikan kambing hitam oleh sebuah syarikat pelaburan haram membabitkan kes peni­puan pelaburan.
“Kedua, saya menafikan sekeras-kerasnya ditahan reman selama empat hari seperti yang didakwa dalam banyak laporan media sebelum ini. Saya hanya ditahan kurang daripada tempoh 24 jam sebelum dibenarkan pulang dengan jaminan polis pada keesokan harinya,” katanya.
Sumber : Kosmo!
loading...
Kes Penipuan RM35 juta : Saya Diperangkap – Adlin Aman Ramli Kes Penipuan RM35 juta : Saya Diperangkap – Adlin Aman Ramli Reviewed by Mister Haqi on 7:18:00 AM Rating: 5

No comments