[Terkini]

‘Lusuhnya Kasut Ayah’, Satu Perkongsian Berkesan Dari Seorang Anak

loading...
'Lusuhnya Kasut Ayah', Satu Perkongsian Berkesan Dari Seorang Anak
Bukan mudah untuk membalas jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita sehingga menjadi manusia hari ini.
Dalam pelbagai usaha dan jalan yang kita lakukan, ada kalanya masih terlepas pandang tentang kebajikan orang tua.
Seperti yang dikongsikan oleh netizen ini, dia berasa sayu dan sedih bila melihatkan keadaan usang kasut bapanya yang datang bertandang ke rumah. “Sebagai anak, terlepas pandang pemakaian mak abah. Kebajikan mak abah…” ujarnya.

Tak mahu terus berasa sedih, dia cuba memperbaiki keadaan itu. Namun hati seorang bapa tetap tak mahu menyusahkan anaknya. Bagaimana pengakhirannya, jemput sama-sama membaca perkongsian yang sangat memberi kesan daripada netizen ini.
Semoga kita sentiasa tidak lupa dengan kebajikan ibu bapa di kampung, walau bagaimana sibuk keadaan dan situasi kita.
Dua hari lepas, mak abah datang rumah. Terpandang kasut abah. Lusuh. Penuh selaput lumpur.
Tiba-tiba hati sedih.  Sebagai anak, terlepas pandang pemakaian mak abah. Kebajikan mak abah. 
Apa guna kerja kuat klu diri sendiri je dpt pakai kasut mahal. Berjalan selesa.Semalam. Bwk mak abah pegi alamanda. Bg abah pilih apa juga kasut dia suka. Soal harga tak yah risau.
Abah cakap byk kali. Tak payah. Abah byk kasut.  Tp kasut yang macam mana?
Akhirnya abah mengalah. Tengok satu kasut pusing belakang. Letak. Dekat 20 kasut. Tak yah la nom. Mahal. Katanya.
Paksa jugak abah pilih. Tengok abah pegang lama 1 kasut. Abah pusing belakang. Tengok depan, pusing belakang, tengok depan, pusing belakang.
Aku ambik. Aku tgk harganya. Rm250++. Tiba2 abah ambik. Letak balik. Tak nak lah. Tak lawa. Kata abah. Ambikla bah…
Takpe… Abah nak tengok lain. Last2 abah pilih satu kasut.  Ha… Yg ni murah sikit. Kata abah
Itulah… Kita suruh pilih mana yg dia suka Tp tetap pilih yang paling murah. Dah abis bayar abah cakap. Abis la duit ko. Ko ade duit ke? Hukhukhuk. Abah tanya lagi. Sedih.
Dah besar. Dah kawen. Mak abah masih risaukan anak. Walaupun diri sendiri tak mewah tapi tetap utamakan anak2. Walaupun dah tua tak mampu bekerja masih tanya anak ada duit tak.
Terima kasih mak abah. Sentiasa jadi yang terbaik utk sy dan adik beradik. Terima kasih banyak2.
Terima kasih Allah. Semalam belikan mak abah. Harini sale meningkat. Betul. Sedekah pd mak abah tak rugi. Malah melimpah ruah rezeki dgn doa dan restu mereka.
loading...
‘Lusuhnya Kasut Ayah’, Satu Perkongsian Berkesan Dari Seorang Anak ‘Lusuhnya Kasut Ayah’, Satu Perkongsian Berkesan Dari Seorang Anak Reviewed by Mister Haqi on 12:19:00 PM Rating: 5

No comments