[Terkini]

‘Maafkan Aku Ibu, Isteriku Tidak Sudi Bertemu Denganmu’

loading...


Aku tidak pernah mengimpikan berkahwin dengan seorang gadis yang sempurna, pada aku cukup dia dapat menerima aku seadanya. Berkenalan dengan si isteri ketika masih menuntut menjadikan aku rasa bertuah. Selama  ini aku selalu inginkan gadis yang bakal menjadi suri hidupku lemah lembut dan dan boleh menerima aku, itu sudah memadai.
Tapi percintaan dengan gadis idaman kampus adalah satu bonus kerana dia adalah anak orang berada yang lengkap segala pakej. Malah perkahwinan juga berjalan lancar, keluarganya tidak sombong, tiada hantaran yang tinggi dan sememangnya aku juga mampu dengan status  kerja aku.

Apabila sampai ketika majlis menyambut menantu, kami sekeluarga membuat keputusan untuk mengadakan di dewan memandangkan rumah kami yang kecil, lebih-lebih emak yang lumpuh akibat strok  tentunya tidak selesa nanti. Segalanya baik-baik sahaja. Apabila keluarga mertua pulang ke hotel, kami bersiap-siap untuk balik ke rumah, bilik pengantin yang dihias sederhana sesuai dengan keadaan rumah kos rendah, tempat aku membesar dan kenangan bersama keluarga
tersemadi disetiap ruang rumah ini.
Isteri tersayang memujuk untuk stay di hotel, yang katanya ditempah dari awal, hadiah dari kawannya. Aku setuju sahaja. Oleh kerana cuti cuma 4 hari, dan aku pula balik awal untuk tolong mana yang patut, kami tidak berpeluang untuk tidur di rumah kami. Bila saat datang ke rumah untuk bersalaman dengan emak, isteri aku keberatan, tapi dengan keadaan jelas terpaksa dia masih hulurkan tangan, emak yang tidak berupaya mengangkat tangan, mulut yang herot dan air liur sentiasa keluar tidak berupaya menghulur tangan. Akhirnya isteri tersayang mencapai tangan, salam dihujung jari dan bangun beredar.
Sepanjang perjalan aku terbayang apa yang berlaku tadi. Sebelom ini si dia ok saje dengan emak, yer itu sebelom eak kena strok, jumpa dicium pipi kiri dan kanan, masa di hospital pun aku nampak air matanya bergenang melihat nasib emak. Kenapa dia berubah. Takper, beri dia masa bisik hati ku.
Sejak emak sakit sememangnya aku kerap balik kampung, perjalanan yang hanya sejam lebih memudahkan aku menjalankan tugas sebagai seorang anak. Lagipun aku tidak risau sangat memandangkan kakak menjaga emak dengan baik. Aku pula membantu dari segi kewangan dan segala yang termampu. Kami cuma dua beradik, susah senang kami akan bersama. Masa berlalu dan isteri aku sekali pun tidak mahu ikut aku balik kampung. Setiap hari minggu ada saje program untuk dia menolak pelawaan aku.
Aku sememangnya sedih, tapi dari segi lain dia amat baik, seperti kata orang, kalu sepuluh kekurangan dia, Cuma satu kelebihan, maka ingatlah tentang kelebihan itu. Kata-kata itu aku pegang walau hati ini agak terkilan.
Raya yang lepas cukup setahun perkahwinan aku, dan aku tahu tentu isteri tersayang tidak dapat menolak untuk balik beraya di rumahku, walaupun raya ketiga aku sudah cukup gembira. Seperti aku duga dia tidak gembira dengan apa yang berlaku. Sesampai dirumah aku, dia menundukkan muka untuk bersalaman, tangan emak yang sudah boleh digerakkan sebelah memeluk isteri dan mencium pipinya. Air liur yang meleleh terkena tepi bibir isteri aku, dia dengan pantas menolak badan lemah emak dan berlari ke tingkap, cuba menahan dari muntah namun jelas geli yang melebih-lebih dipamerkan. Aku yang melihat sememangnya menahan rasa marah.
loading...
‘Maafkan Aku Ibu, Isteriku Tidak Sudi Bertemu Denganmu’ ‘Maafkan Aku Ibu, Isteriku Tidak Sudi Bertemu Denganmu’ Reviewed by Mister Haqi on 8:44:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan