[Terkini]

Masjid Gay Di Cape Town Giat Tambah Jemaah

loading...

Setelah berjaya menubuhkan Masjid Tauheed yang pro-gay di Toronto, para aktivis dan pendokong LGBT kemudiannya telah membuka sebuah masjid mesra-gay di Paris.
Kini umat Islam di Afrika Selatan pula dikejutkan dengan pengumuman pembukaan masjid mesra LGBT yang pertama di Cape Town, Ini tentunya mengejutkan dan menguji kesabaran umat Islam yang menolak perhubungan dan amalan seks songsang sesama jenis.
Masjid Tauheed di Toronto ditubuhkan berasakan idea daripada Aminah Wadud, manakala masjid pro-gay di Paris pula diasaskan oleh seorang aktivis gay Perancis berketurunan Algeria Ludovic-Mohamed Zahed.

masjid-gay-di-cape-town-giat-cari-jemaah8

Zahed sendiri telah berkahwin dengan pasangan gaynya daripada Afrika yang bernama Qiam ad-Din.
Mereka akan menggalakkan wanita untuk memimpin solat Jumaat serta memecahkan tradisi beberapa amalan Islami yang lain seperti pernikahan pasangan gay dan lesbian, pengurusan jenazah gay dan lain-lain lagi.
masjid-gay-di-cape-town-giat-cari-jemaah6

masjid-gay-di-cape-town-giat-cari-jemaah2

‘Wynberg Open Mosque’ di Cape Town pula telah dibuka secara rasminya pada September 2014 ini, Penubuhan masjid yang kontroversi ini telah dimulakan oleh Taj Hargey.
Beliau adalah seorang ahli akademik lulusan Oxford University yang berkata, “Kami menubuhkan masjid untuk orang-orang yang berfikiran terbuka dan bukan untuk yang berfikiran tertutup.”
Selain daripada mengalu-alukan pengamal gay secara terbuka, masjid ini juga mengalu-alukan wanita untuk memimpin jemaah dalam solat dan beramal dengan amalan tidak konvensional dan kontroversi dalam Islam.
masjid-gay-di-cape-town-giat-cari-jemaah3

Umat Islam di Afrika membantah dengan pembinaan masjid tersebutHargey menjawab kritikan orang ramai yang mempersoalkan kewibawaaan dan ilmu Islamnya dengan angkuh seraya berkata.
“I have a PhD in Islamic studies from Oxford University, unlike my opponents who went to some donkey college in Pakistan or Saudi Arabia.”
Sebagai ahli masyarakat yang prihatin, saya berdoa dan berharap agar mereka semua bertaubat dan menemui jalan kebenaran.
masjid-gay-di-cape-town-giat-cari-jemaah4

masjid-gay-di-cape-town-giat-cari-jemaah5

Kepada masyarakat di Malaysia pula, kita tidak boleh duduk selesa kerana aktivis LGBT yang kuat disokong oleh beberapa NGO tempatan dan antarabangsa seperti HRW telah pun membuat permohonan supaya pengamal LGBT tidak dianak-tirikan dan diberikan kebebasan di Malaysia termasuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis di kalangan mereka.
Mari kita lihat kembali firman Allah yang bermaksud:
“Dan (ingatlah kisah) Luth, ketika ia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu sedang kamu melihat(nya). Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu(mu), bukan mendatangi wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak dapat mengetahui (akibat perbuatanmu).”
(Surah an-Naml: 54-55)
“Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan seksaan itu tiadalah jauh dari orang- orang yang lalim.”
(Surah Hud: 82-83)
Semoga mereka semua diberikan petunjuk oleh Allah swt dan berusaha untuk kembali ke pangkal jalan.
loading...
Masjid Gay Di Cape Town Giat Tambah Jemaah Masjid Gay Di Cape Town Giat Tambah Jemaah Reviewed by Mister Haqi on 8:28:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan