[Terkini]

Neelofa Sebenarnya Memang Taste Saya - Fattah Amin Akui Neelofa Gadis Idamannya

loading...


Walaupun drama terbaru arahan Micheal Ang, Suri Hati Mr Pilot sudah melabuhkan tirainya semalam tetapi masih ramai lagi tidak boleh berganjak dengan babak-babak romantik diantara Neelofa dan Fattah Amin. Bukan sahaja di dalam drama, malah menerusi rancangan terbitan Astro, Fattah mengakui bahawa Neelofa adalah gadis idamannya di hadapan orang ramai.

Menerusi rancangan Meletop itu, Fattah telah sekali lagi membuat kejutan kepada Neelofa dengan hadir ke rancangan terbabit. Video berdurasi 7 minit itu menunjukkan mereka begitu mesra sekali selain daripada saling bertentang mata ketika bercerita mengenai drama terbabit yang sudah sampai ke penghujung episod sebelum Fattah membuat pengakuan romantis itu.

Memang gigit jari semua wanita di luar sana mendengarnya, tetapi pasti ramai yang sukakan gandingan mereka di dalam drama tersebut mahupun jika mereka betul-betul bercinta. Kalau masih ingat, ketika orang ramai sedang demam Suri Hati Mr Pilot, Fara Fauzana pernah mengeluarkan kenyataan pedas dimana Fattah bukanlah citarasa lelaki idaman Neelofa.

Jika dilihat kepada video itu, ternyata mungkin salah tanggapan Fara. Mungkin ini juga gimik untuk mempromosikan drama lakonan mereka. Namun jika benar sekalipun mereka mempunyai hubungan istimewa di belakang tabir, apa salahnya kerana masing-masing juga masih belum berpunya. Lagi pula memang sepadan tengok mereka berdua, peminat pun suka


loading...
Neelofa Sebenarnya Memang Taste Saya - Fattah Amin Akui Neelofa Gadis Idamannya Neelofa Sebenarnya Memang Taste Saya - Fattah Amin Akui Neelofa Gadis Idamannya Reviewed by The Vex Media on 5:49:00 PM Rating: 5

No comments