[Terkini]

Ramai Kaki Kereta Yang Pernah Disaman JPJ Pasti Tidak Pernah Tahu Tentang Perkara Ini

loading...
Ramai Kaki Kereta Yang Pernah Disaman JPJ Pasti Tidak Pernah Tahu Tentang Perkara Ini1
Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada JPJ. Namun begitu, pengubahsuaian atau pemasangan aksesori tersebut mestilah
mengikut panduan yang telah ditetapkan.
Senarai pengubahsuaian yang dibenarkan adalah seperti berikut :

  1. Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil pada kenderaan.
  2. Pemasangan door visor pada kenderaan.
  3. Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards (Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan.
  4. Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
  5. Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan
  6. Pemasangan membawa tangga / bot / surf board
  7. Penukaran kotak gear manual / automatik
  8. Pemasangan kanopi / kanvas
  9. Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel
  10. Pemasangan roof-rack (para bumbung) / Bike Carrier
  11. Pemasangan spotlight
Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada kenderaan persendirian yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut :
  1. Pemasangan bodypart / bodykit yang menyebabkan perubahan pada identiti kenderaan.
  2. Pemasangan rollcage sebagai aksesori dalaman pada kenderaan.
  3. Pemasangan lampu HID secara retrofit.
  4. Penukaran sistem pacuan.
  5. Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
  6. Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah / amber pada bahagian belakang.
  7. Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
  8. Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin hadapan dengan ketelusan cahaya kurang daripada 70%.
  9. Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin sisi dan belakang dengan ketelusan cahaya kurang daripada 50%.

OPS BERSEPADU / JPJ

Jenis-jenis pengubahsuaian pada kenderaan persendirian dan perdagangan yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ.

Kenderaan Persendirian

1. Pengubahsuaian ke atas kenderaan OKU.
2. Penukaran sistem bahan bakar. (Petrol/Diesel/Hybrid)
3. Penukaran enjin. (rujuk di bawah)
4. Status kenderaan Vintaj/Klasik
5. Penukaran Panel struktur kenderaan (kes kemalangan)

Kenderaan Perdagangan

1. Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
2. Pemasangan iklan (utk kenderaan decontrolled sahaja)
3. Mengubah bilangan tempat duduk
4. Penukaran Had Berat
5. Pemasangan Pagar Sisi & Kanvas
6. Penukaran Kabin
7. Pemasangan Lantai/Lapik Besi
8. Mengubah Kegunaan Kenderaan
9. Penukaran Gandar
10.Penukaran Jenis Badan

Panduan penukaran enjin kenderaan

Nombor enjin adalah nombor identiti sesebuah enjin yang dicop pada blok enjin mengikut ukuran dan bentuk di tapak yang oleh pembuat/pengilang.

Jenis-jenis permohonan

Kategori 1: Penukaran enjin dari buatan dan keupayaan kapasiti (cc) yang sama atau tidak melebihi 25% dari enjin asal (kenderaan persendirian sahaja)
Kategori 2 : Penukaran enjin dari buatan yang berbeza / keupayaan kapasiti (cc) melebihi 25% dari enjin asal
Kategori 3 : Penukaran enjin yang melibatkan penukaran bahan bakar
Kategori 4 : Penukaran enjin kenderaan buatan PROTON yang menggunakan enjin CAMPRO kepada enjin buatan Mitsubishi
Kategori 5 : Penukaran enjin yang melibatkan penukaran Gearbox (Manual <-> Auto)
Kategori 6 : Penukaran enjin bagi kenderaan perdagangan
Definisi ‘enjin asal’ adalah merujuk kepada model enjin yang telah dipasang kepada model kenderaan tersebut oleh pengilang.
Senarai buatan-buatan yang dikategorikan sebagai sama (klon)
PROTON <->
a) MITSUBISHI
b) RENAULT (SAVVY, WAJA 1.8)
c) CITROEN (TIARA)
*penukaran enjin hendaklah dari model enjin yang sama varian dengan PROTON. Sebarang pengubahsuaian “Engine Mounting” adalah tidak dibenarkan sama sekali.
PERODUA <-> DAIHATSU / TOYOTA
FORD <-> MAZDA
PEUGEOT <-> CITROEN
HICOM <-> ISUZU

Syarat-syarat permohonan

  • Syarat-syarat yang perlu dipatuhi ketika membuat pertukaran enjin:
  • Penukaran hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang diisytiharkan di dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan)1959 L.N. 170/1959.
  • Keadaan struktur keseluruhan kenderaan hendaklah baik terutamanya pada bahagian rangka casis (chassis frame).
  • Tiada pengubahan struktur dilakukan pada ‘front cross member’, ‘steering linkage’ dan ‘steering box’.
  • Tiada pengubahsuaian pada ‘base engine mounting’ dan tiada kimpalan pada struktur tambahan ‘engine mounting’.
  • Kenderaan model Proton SELAIN Proton Perdana dan Proton Inspira hanya dibenarkan membuat penukaran enjin berkeupayaan maksimum 1836cc (1.8 Liter) sahaja. Penukaran enjin berkeupayaan 1997cc atau 1998cc (2.0 Liter) hanya dibenarkan kepada Proton Perdana dan Proton Inspira sahaja.
  • Pelepasan asap kenderaan tersebut mestilah tidak melebihi 50% ‘opacity’. (Bagi enjin diesel sahaja).
  • Lulus pengujian tahap kecekapan sistem brek di lorong pemeriksaan.

Dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan

Bagi Kategori 1
Pemilik kenderaan tidak perlu memohon kepada bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri dan boleh melakukan pemeriksaan terus di PUSPAKOM bersama dengan dokumen-dokumen berikut:
  1. Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
  2. Bil/Resit belian enjin yang asal
  3. Laporan Kastam K1 yang asal
  4. Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)
Bagi Kategori 2 hingga 6
Pemilik kenderaan boleh memohon terus di bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri untuk mendapatkan surat kelulusan dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut:
  1. Borang Pemberitahuan Penukaran Enjin.
  2. Salinan Kad pendaftaran kenderaan yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan.
  3. Salinan bil/resit belian enjin.
  4. Salinan laporan Kastam K1 yang disahkan.
  5. Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain),
Setelah surat kelulusan dikeluarkan, pemilik kenderaan mestilah melakukan pemeriksaan di PUSPAKOM dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat kelulusan untuk mendapatkan Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
  1. Surat kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif, JPJ.
  2. Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan.
  3. Bil/Resit belian enjin yang asal.
  4. Laporan Kastam K1 yang asal.
  5. Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)
  6. Laporan PG10 (sekiranya penukaran enjin melebihi 30% daripada enjin asal).
Setelah Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dikeluarkan, pemilik kenderaan mestilah mengemukakan laporan B2 tersebut bersama dengan kad pendaftaran kenderaan kepada JPJ Negeri atau Cawangan untuk tujuan mengemaskini kad pendaftaran dan merekod rujukan kelulusan.
Makluman
Urusan transaksi bagi semua permohonan di atas hendaklah dilakukan di Bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri berhampiran.
– PENGUBAHSUAIAN MOTOSIKAL –
Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang dibenarkan tanpa mendapatkan kelulusan daripada
JPJ adalah seperti berikut :-
1. Pemasangan pengadang angin
2. Pemasangan penutup lampu fibreglass (fairing)
3. Pemasangan penutup enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal
4. Pemasangan disc brake hadapan atau belakang bertujuan meningkatkan tahap kecekapan brek.
Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang tidak dibenarkanadalah seperti berikut :-
1. Pemasangan foot rest melibatkan pengubahsuaian tapak / kedudukan asal.
2. Penukaran / pengubahsuaian ekzos yang tidak mengikut spesifikasi asal pengilang.
3. Pemasangan cover sets / fairing yang mengubah indentiti asal.
Sumber : JPJ
loading...
Ramai Kaki Kereta Yang Pernah Disaman JPJ Pasti Tidak Pernah Tahu Tentang Perkara Ini Ramai Kaki Kereta Yang Pernah Disaman JPJ Pasti Tidak Pernah Tahu Tentang Perkara Ini Reviewed by Mister Haqi on 12:13:00 PM Rating: 5

No comments