[Terkini]

‘Suami You Dah Keluarkan? Dah Selamat Untuk I Datang Tak?

loading...

Sering sangat pembaca tentang kecurangan lelaki yang bergelar suami, biasanya bukan setakat curang, tetapi juga mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Hakikatnya kami lelaki juga ada yang setia, dan kaum wanita yang bergelar isteri juga ada yang curang sehingga lupa peranan sebagai seorang isteri dan ibu. Pada asalnya aku memang ingin beri peluang untuk isteri, cuba memperbaiki apa yang kurang, mana tahu ada salah silap aku sebagai suami, memang sakit hati bila tahu benda begini berlaku kepada kita kerana kita sudah berusaha sebaik mungkin.

Tapi walau kita buat takder apa-apa sekali pun, hati kita tetap menangis , apa lagi setiap malam melihat sikecil tidur lena tanpa tahu apa yang akan berlaku. Sebelom ini aku tidak pernah menyangka isteri akan curang, aku tidak pernah syak walau dia asik dengan telephone dan laptop, sebab kerjanya adalah berniaga online.
Rumah tangga terurus, anak ok saje jagaannya. Jadi aku tidak pernah syak wasangka dia. Tidak pernah terlintas pun didalam kepala isteri aku akan berbuat demikian. Semuanya takdir Yang Maha Esa, oleh kerana cirit birit aku terlambat ke office, isteri yang keluar menjemur pakaian meninggalkan handphone nya di atas meja makan, aku pula ketika itu baru nak minum air apabila wassup masuk, aku melihat siapa gerangannya, rupanya dari customer penting.
Bila nama pengirim customer penting aku mencapai telefon untuk di bawa kepada isteri, mungkin urgent tapi belom sempat aku melangkah satu lagi wassup masuk denga soalan, “dah selamat untuk I datang x, dah pukul 10 ni,I rindukan u”. Aku bersiap-siap secepat mungkin untuk ke pejabat, namun apa yang aku baca tadi menjadikan aku hilang arah, cuba bersikap tenang, tenang Cuma di luar, didalam hati bergelora.
Aku juga tidak menyiasat atau mengumpul bukti, aku seolah-olah menafikan apa yang aku baca. Aku taknak segala keputusan aku nanti akan menyebabkan aku menyesal di kemudian hari. Malam itu ketika aku pergi ke surau dikawasan perumahan kami, sengaja aku balik lambat, biasanya memang begitu, berjalan bersama imam sambil bersembang, kekadang singgah di gerai bawah pokok.
Ketika inilah imam bertanya selalu ker sepupu aku datang ke rumah bawa anak perempuannya , isterinya tak pernah nampak pulak, aku Cuma tersenyum dan mengangguk. Rupanya orang-orang taman sudah dapat menghidu. Selepas aku cuba berfikir dengan waras, masih tidak dapat membuat keputusan, aku berbincang dengan imam minta pendapat.
Pada hari itu kami berjaya menangkap mereka berdua-duaan, lelaki tersebut membawa seorang budak perempuan berumur 6 tahun, isteri aku terkejut namun dia berterus terang menyanyangi lelaki tersebut. Lelaki itu pula adalah suami orang, tidak bekerja, Cuma menjaga anak sementara isterinya keluar bekerja.
Imam menggeleng kepala melihat drama swasta kami, aku menceraikan isteri dengan talak satu depan semua orang, aku tiada bukti sama ada mereka telah terlanjur atau tidak, aku pun tidak mahu fikir tentang itu, isteri pula setuju anak diberi kepada aku , apa yang dia minta dilepaskan demi kekasih hati.
Segalanya berakhir pada petang itu. Jangan fikir ku begitu sabar, aku memang terasa macam nak bunuh mereka, tetapi aku fikir balik, andai begitu apa akan terjadi pada anak aku? Sebab itu aku bertahan dari bertindak yang bukan-bukan.
Cuma itu petua aku untuk tidak bertindak terburu-buru fikirkan demi orang yang kita sayang, mengucap banyak-banyak, dan berwuduk. Sebenarnya perkara ni berlaku awal tahun, bekas isteri aku sehingga sekarang masih menunggu kekasih hatinya menceraikan isteri. Setiap kali datang melawat anak, dia Cuma senyum, namun matanya tidak pernah berani memandang mata aku, Cuma tunduk dan mendiamkan diri. Jadi jangan ingat lelaki semua curang, ada juga dicurangi
loading...
‘Suami You Dah Keluarkan? Dah Selamat Untuk I Datang Tak? ‘Suami You Dah Keluarkan? Dah Selamat Untuk I Datang Tak? Reviewed by Mister Haqi on 4:19:00 PM Rating: 5

No comments