[Terkini]

‘Sudah Ramai Pelanggan Yang Datang Merisik Kami’

loading...
sudah-ramai-pelanggan-yang-datang-merisik-kami
Beberapa minggu lalu pengguna media sosial kecoh memperkatakan mengenai seorang gadis cantik, Fatin Farhana selepas video dia menebar roti canai menjadi viral dan ditonton lebih 500,000 orang.
Gadis berusia 17 tahun itu dikatakan membantu ibunya berniaga di sebuah gerai makanan di Bidor, Perak. Namun, sebelum kemunculan Fatin, dua gadis berpurdah yang membantu ibu bapa mereka berniaga roti canai di Baling, Kedah terlebih dahulu mencuri perhatian netizen.
Kemunculan gadis berniqab itu bukan sahaja membuatkan perniagaan roti canai yang diusahakan Abdul Aziz Ishak dan isterinya, Rohana Md Rejab semakin laris, malah ramai pelanggan yang berhajat untuk merisik kedua anak mereka itu.
Menurut Rohana, sejak dua anak gadisnya Siti Nadwa Abdul Aziz, 24, dan Siti Nur Fatin Abdul Aziz, 22, membantu ayah mereka di kedai pada tahun 2010 hingga kini, ramai pelanggan datang merisik kedua anaknya itu termasuk pelanggan dari pantai timur.
“Sebelum viral hingga sekarang, ada yang datang dari Kelantan, Pulau Langkawi dan Perlis untuk merisik Siti Nadwa dan Siti Nur Fatin.
“Ada juga yang datang membawa ibu mereka ke sini untuk lamar anak kami,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
sudah-ramai-pelanggan-yang-datang-merisik-kami

Malah menurut Rohana, ada segelintir pelanggan yang memarahinya kerana enggan melepaskan kedua-dua anaknya yang masih belajar di universiti itu untuk berumah tangga.
“Ada yang marah kak sebab tidak lepaskan anak, sebenarnya anak belum fikir ke arah itu, mereka masih  mahu tamatkan pelajaran.
“Namun untuk jodoh terpulang kepada mereka, sebagai ibu dan ayah kami akan pantau dan berikan terbaik,” katanya lagi dilapor akhbar tersebut.
Sementara Abdul Aziz menjelaskan Siti Najwa dan Siti Nur Fatin mula mempelajari membuat roti canai sejak berumur belasan tahun.
Menurutnya, Siti Najwa dan Siti Nur Fatin yang masing-masing sedang menuntut dalam jurusan Pendidikan Bahasa Arab di Universiti Pendidikan Sultan Idris ( Upsi) dan bidang Ijazah Bahasa Arab di Kolej Universiti Insaniah ( Kuin) akan membantunya setiap kali cuti semester.
“Mereka mungkin minat sebab selalu tengok saya tebar roti canai sejak kecil, bila belasan tahun mereka belajar untuk tebar dan masak kerana mahu membantu ayah sendiri.
“Sampai sekarang jika cuti semester mereka akan bantu saya di kedai, Siti Nur Fatin pula sering bantu setiap minggu, Kuin dengan Parit Panjang dekat sahaja,” katanya.
– mD
loading...
‘Sudah Ramai Pelanggan Yang Datang Merisik Kami’ ‘Sudah Ramai Pelanggan Yang Datang Merisik Kami’ Reviewed by Mister Haqi on 6:09:00 PM Rating: 5

No comments