[Terkini]

Telur Rebus Air Kencing, Hidangan Minum Petang Yang Popular Di China

loading...
Dunia ini sememangnya memiliki pelbagai budaya aneh dan tradisi pelik yang kadangkalanya layak dianggap sebagai satu amalan yang meloyakan anak tekak kita.
Di Dongyang, sebuah kawasan yang terletak di provinsi Zhejiang di China, terdapat sejenis resepi tradisi masyarakat tempatan yang diberi nama ‘telur anak teruna’ (Virgin Boy Egg).
telur-rebus-air-kencing-hidangan-minum-petang-yang-popular-di-china7


telur-rebus-air-kencing-hidangan-minum-petang-yang-popular-di-china1

telur-rebus-air-kencing-hidangan-minum-petang-yang-popular-di-china8

Menurut laman ibtimes.com, resepi ‘telur anak teruna’ itu diperbuat dari telur ayam yang direbus di dalam periuk besar dengan menggunakan air kencing budak lelaki!
Sebuah baldi besar disediakan di tandas-tandas yang digunakan oleh kanak-kanak lelaki dan para peniaga ‘telur anak teruna’ akan mengumpul air kencing tersebut untuk dijadikan ramuan resepi itu pada setiap hari.
“Ia sangat bagus untuk kesihatan, kami makan (telur anak teruna) setiap hari dan seluruh keluarga di Dongyang menggemarinya,” kata penjual telur tersebut, Ge Yaohua, 51.
telur-rebus-air-kencing-hidangan-minum-petang-yang-popular-di-china10

telur-rebus-air-kencing-hidangan-minum-petang-yang-popular-di-china11

Masyarakat Dongyang mendakwa bahawa antara khasiat ‘telur anak teruna’ itu ialah ia mampu menguatkan tubuh dan menghilangkan rasa sengal-sengal badan pada sesiapa yang menikmatinya resepi ‘istimewa’ itu.
“Dengan makan telur ini setiap hari, kami tidak akan sakit pinggang, kaki atau sendi. Ia juga mampu memberikan tenaga tambahan untuk kami bekerja,” kata Li Yangzhen pula yang kemudiannya membeli 20 biji ‘telur anak teruna’ dari Ge.
telur-rebus-air-kencing-hidangan-minum-petang-yang-popular-di-china6

telur-rebus-air-kencing-hidangan-minum-petang-yang-popular-di-china12

telur-rebus-air-kencing-hidangan-minum-petang-yang-popular-di-china13

Sesetengah pakar perubatan tradisional masyarakat Cina bagaimanapun agak khuatir dengan tradisi yang berasaskan urin dan dimasak secara terbuka di gerai-gerai telur tersebut.
Begitu juga dengan sesetengah masyarakat di Dongyang yang sangsi dengan makanan tradisi masyarakat di situ dan enggan meneruskan budaya itu dengan keluarga masing-masing.


“Saya tidak percaya pada khasiat telur itu, jadi saya tak makan telur itu,” kata Wang Junxing, 38.
loading...
Telur Rebus Air Kencing, Hidangan Minum Petang Yang Popular Di China Telur Rebus Air Kencing, Hidangan Minum Petang Yang Popular Di China Reviewed by Mister Haqi on 9:52:00 PM Rating: 5

No comments