[Terkini]

Tips Simpanan Selepas Perkahwinan

loading...
Tips Simpanan Selepas Perkahwinan
Hari perkahwinan merupakan detik pelaburan kewangan yang terbesar dalam hidup seseorang lelaki. Mukadimah kehidupan permulaan sebagai suami isteri sudah tentu dimulai dengan sedikit keperitan apabila simpanan puluhan ribu ringgit telah habis digunakan kesemuanya untuk acara majlis gilang gemilang.
Adakah anda mempunyai simpanan yang banyak selepas majlis diadakan? Persoalan ini seringkali mengganggu fikiran pasangan pengantin mengenai bagaimana untuk memiliki tahap kewangan yang stabil selepas berkahwin agar anda dapat menikmati saat bulan madu bersama di lokasi yang indah bersama.
Tidak mudah untuk memperolehi kewangan yang banyak untuk dibahagikan kepada majlis perkahwinan dan tanggungan selepas berkahwin. Rata-rata lelaki yang mengahwini wanita akan berasa sedikit tertekan akibat kehabisan wang simpanan untuk kehidupan seterusnya selepas berkahwin.

Berikut merupakan tip menyimpan untuk kehidupan selepas berkahwin:

Tetapkan pendirian dan fikiran matlamat

Cuba fikirkan apakah yang anda inginkan selepas selesai majlis perkahwinan. Adakah anda ingin membeli rumah, pergi melancong atau tinggal bersama keluarga mentua? Perkara berkaitan perlu difikirkan secara serius dan tidak dipandang remeh. Sekiranya ingin pergi melancong, maka anda perlu ada simpanan kewangan yang mencukupi untuk melancong dan perbelanjaan harian yang seterusnya.

Tempoh masa matlamat ingin dilaksanakan

Tetapkan tempoh masa untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, anda ingin melancong ke Pulau Sibu dan fikirkan bilakah masa untuk anda mula menyimpan wang perbelanjaan pelancongan dan berapa lama tempoh masa anda ingin berada di sana. Perancangan kewangan yang teliti perlu dikaji agar wang mencukupi selepas berhabisan wang selepas majlis perkahwinan.

Tip1 :

Tinjauan yang efektif adalah langkah terbaik untuk penjimatan kewangan dari segi kos penginapan yang murah tetapi selesa buat anda berdua. Perlu diingati bahawa menabung adalah jalan terbaik untuk menyimpan wang sebelum berkahwin. Kini bukan lagi persaraan bujang, tetapi berdua bersama pasangan tersayang.

Menganalisis dan mengkaji keberkesanannya

Analisis perbelanjaan yang akan diperuntukkan untuk majlis perkahwinan dan selepas majlis. Sekiranya anda tidak mempunyai wang yang mencukupi, maka berjimat cermat dalam pemilihan barang untuk majlis perkahwinan adalah sangat penting. Ini kerana, kehidupan selepas majlis perkahwinan adalah lebih utama buat anda dan pasangan.

Tip 2 :

Semasa anda mula menyimpan wang untuk perkahwinan, simpanlah juga sejumlah wang untuk kehidupan selepas berkahwin. Pasti anda dan pasangan akan hidup selesa dan bahagia sekiranya aktiviti bulan madu dapat diteruskan selepas majlis tanpa menangguhkannya akibat masalah kewangan.

Merangka perancangan dan melaksanakan matlamat tersebut

Perancangan yang teliti diperlukan untuk matlamat penyimpanan kewangan yang stabil sebelum dan selepas majlis diadakan. Anda perlu berfikir anggaran kos yang ingin dibelanjakan ketika majlis dan anggaran wang simpanan yang masih ada selepas majlis diadakan. Ini sangat penting, sudah semestinya anda tidak mahu mengikat perut disebabkan perbelanjaan yang tidak terancang selepas majlis tamat.

Tip 3 :

Simpanan kewangan yang kukuh amat perlu bagi kedua-dua belah pihak agar anda berdua berbahagia menikmati hari-hari sebagai pengantin baru. Mulakanlah simpanan sebelum berkahwin untuk kehidupan selepas berkahwin. Pasti perasaan sesalan tidak wujud dalam nota hidup anda.

Membuat pemantauan semula

Laksanakan pemantauan iaitu memikirkan cara termudah untuk menyimpan. Anda perlu mengelakkan perbelanjaan menggunakan kad kredit dan disiplinkan diri membeli barangan yang penting sahaja untuk kegunaan.

Tip 4 :

Setkan perbelanjaan sehari yang akan digunakan untuk makan, parking, dan tol untuk ke tempat kerja. Jangan melebihi had yang telah ditetapkan sebagai contoh sehari anda perlu belanja sebanyak RM20. Maka, biasakan diri untuk tidak boros dan belanja berlebihan had. Di saat ini, anda akan mempunyai wang simpanan untuk masa hadapan selepas berkahwin.

Membuat kajian dengan lebih terperinci

Akhir sekali, kajian terperinci diperlukan dalam menjayakan simpanan kewangan untuk kehidupan selepas berkahwin. Kini, anda boleh mulakan simpanan kewangan dengan membahagikan tempat menyimpan yang berlainan. Ianya lebih berkesan dan latih diri dengan tidak mengeluarkan wang simpanan di bank agar ia semakin bertambah dan menyenangkan anda di masa hadapan.

Tip 5 :

Sekiranya anda ingin berkahwin, setahun atau tiga tahun sebelum majlis, simpanlah wang di bank pilihan. Tetapi jangan menyimpan di bank yang di mana gaji bulanan anda diterima. Ini untuk mengelakkan daripada terguna wang simpanan untuk berkahwin. Disamping itu, bukanlah satu akaun bank yang lain untuk simpanan wang di masa hadapan iaitu untuk keluarga selepas anda menjadi pasangan bahagia.
Sumber : Pesonapengantin.com
loading...
Tips Simpanan Selepas Perkahwinan Tips Simpanan Selepas Perkahwinan Reviewed by Mister Haqi on 4:02:00 PM Rating: 5

No comments